Mencari cari rentak hidup
Terbang seperti si anak burung
Bertatih tatih; petah lalu melebarkan sayapku
Namun ia masih takut untuk berdiri di hujung dahan
Memikirkan adakah aku cukup tuntas untuk berlari dan terbang
Dari rawatan pertama hingga yang terakhir
Mengendong anakku yang makin matang dirahimku
Tuhan kabulkan doaku untuk aku tabah
Memang aku dikurnia tabah
Dugaan kehilangan kekanda kesayangan
Di saat anakku masuk 4 bulan
Bukan mahu mendada ke langit
Tapi aku cuba kuat demi anakku dan keluargaku
Dan Tuhan itu Maha Pemurah
Mendekatkan suamiku padaku
Di saat aku menunggu hari lahirmu wahai puteriku
Lahirnya dia diminggu 39 hari ke 2
Alhamdulillah Ya Rabb
Cukup sifatnya rupanya
Segala Puji Untukmu Ya Allah
Nur Airis Jannah;
Cahaya Mata Syurga;
Cahaya Bunga Syurga
Tuesday, May 26, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment