Tuesday, April 20, 2010

so close;

begitu dekat kita dengan kematian. yer. kematian,

sabtu lepas, my not really close relative meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan. dipercayai kereta dipandu laju terbabas lalu melanggar pokok di tepi jalan. baru berusia awal 20-an. kasihan sangat, anak lelaki tunggal dalam keluarga. beliau yang sering diharapakan dalam sesuatu hal.

30 minit selepas itu, berita tersiar di Buletin Utama TV3. Achik Spin berusia 28 tahun meninggal dunia juga terlibat dalam kemalangan jalan raya. Membawa MPV Estima, di Lebuhraya Kajang-Seremban yang sangat kurang dilalui oleh orang ramai. MPV terbabas dan melanggar tiang papan tanda lalu terbakar di tepi lebuhraye tersebut. Meninggalkan seorang isteri, dan 2 orang anak, sangat pilu rasanya melihat anak yang masih kecil di kendong oleh ibunya sewaktu di temuramah oleh pihak wartawan di bilik mayat Hospital Seremban.

Kedua individu berkenaan, aku tidak berapa kenal, tapi apa yang terjadi kepada mereka berdua mungkin terjadi kepada diri sendiri. lalu, ingatlah kita, betapa dekatnya kita dengan Kematian.

Al-Fatihah.

2 comments:

mizah Arshad said...

lately ni ramai jugak orang yang i kenal meninggal dunia .. hmmph .. tak boleh bayangkan kalau support system kita yang pergi dulu .. :|

simah said...

tepat skali!

moga2 dipanjangkan umur semua. :D